Latar Belakang
Latar Belakang
Sejarah penubuhan Koperasi bermula pada 7 September 1976. Pada 7 September 2016, Koperasi telah meraikan ulang tahun ke-40 penubuhannya dengan mengadakan Majlis Kesyukuran 40 Tahun di perkarangan Rumah C5.
Majlis ini diserikan dengan Bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Jawatankuasa Syariah, Dr. Mohd Daud bin Awang.
Turut hadir, YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Noor bin Hj. Ismail selaku Pengerusi Pengasas, yang telah menyampaikan ucapan dan menganugerahkan Plak “Jasa Dikenang” kepada mantan Pengerusi, Ahli Lembaga Koperasi (ALK), dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Koperasi atas sumbangan bakti mereka.
Ringkasan Makna Logo
Simbolisme Logo KUPUTRA
Reka bentuk logo KUPUTRA dibina daripada keratan dua huruf ‘K’ yang saling berhadapan, yang merupakan akronim bagi nama syarikat, KUPUTRA. Dua huruf ‘K’ ini secara kolektif melambangkan keteguhan kerjasama dan kekuatan urus tadbir yang baik.
Makna Keratan:
Keratan K Sebelah Kanan: Melambangkan perseimbangan timbal balik dalam pengurusan dan pencapaian Koperasi.
Keratan K Sebelah Kiri: Mewakili graf peningkatan berterusan dalam perkhidmatan, keuntungan, dan urusan kawal selia.
Warna:
Penggunaan warna emas dan hitam menegaskan keteguhan dan kecemerlangan KUPUTRA dalam menjana perkhidmatan dan pencapaian kepada warga kampus.
AKTIVITI TERKINI
AKTIVITI TERKINI
- Stesen Minyak Petronas UPM
- Hotel Place2Stay@The Mines
- Pembiayaan
- Taska & Tadika
- Hartanah / Sewaan
PERUNCITAN
- Galeri Cenderamata & Buku Universiti
- Coopmart
- Kedai Buku Jurutera
- Putrabike
