1 logo and tagline

LATAR BELAKANG KUPUTRA

Koperasi telah ditubuhkan pada 7 Septembe1976 dan genap ulang tahun ke 40 penubuhannya pada 7 September 2016. Majlis Kesyukuran 40 Tahun Penubuhan Koperasi telah diadakan pada 7 September 2016 bertempat di perkarangan Rumah C5. Bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Ketua Jawatankuasa Syariah Dr.Mohd Daud bin Awang. YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Noor bin Hj. Ismail selaku Pengerusi Pengasas Koperasi telah memberi ucapan serta menyampaikan Plak” Jasa Dikenang” kepada mantan Pengerusi/ALK dan JAD Koperasi.

RINGKASAN MAKNA LOGO

~ Bentuk logo terbentuk dari keratan dua huruf K yang berhadapan di antara kedua-duanya.

~ Huruf K bermakna KUPUTRA.

~ Dua huruf K juga bermakna, keteguhan kerjasama, kekuatan  urus tadbir yang baik.

~ Keratan huruf K di sebelah kiri, graf peningkatan dari sudut perkhidmatan, keuntungan, pengurusan dan urusan kawal selia.

~ Keratan huruf K di sebelah kanan, perseimbangan timbal balik dalam pengurusan perkhidmatan dan pencapaian koperasi.

~ Huruf K warna emas dan hitam, keteguhan dan kecemerlangan KUPUTRA dalam menjana perkhidmatan dan pencapaian kepada warga kampus.

Hak cipta 2018 l PORTAL RASMI KOPERASI UPM BERHAD